Kamis, 12 Maret 2015

Otak Kiri dan Otak Kanan

Left Brain Vs Right Brain


 " Dimana kekuatan otak anda kiri atau kanan "

Salam semua, hari ni saya nak berkongsi post  mengenai perbezaan, kelebihan dan fungsi otak kiri dan otak kanan. Seperti yang kita tahu otak kita ibarat sebuah komputer yang besar dimana mempunyai kelebihan, kelemahan, kekuatan, kekurangan dan cara tersendiri otak kita  berkerja untuk memproses maklumat.

kenapa saya membuat entry kali ini berkenaan otak kiri dan otak kanan kerana, saya mencari sebab dan  kekuatan otak saya disebelah mana, walaupun kebanyakan orang kata perbezaaan, fungsi otak kiri dan kanan adalah sekadar teori, bagi saya ini satu kelebihan kepada kita untuk mengetahui kelebihan dan  kekurangan untuk memperbaiki diri dan kelebihan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat dan impian kita..  

kelebihan dan kekurangan otak kiri dan kanan

Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.

Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Panjangnya penerangan kat atas, mesti anda semua malas  rajin  untuk baca,  di sini saya ringkaskan untuk anda supaya lebih senang untuk mahami kekuatan otak anda.


OTAK KIRI
  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.
  6. Memahami bahasa.
  7. Memahami lisan.
  8. Peka kepada fakta.
  9. Berfikir menggunakan perkataan.
  10. Mengingat lirik lagu.
  11. Perlukan rasional.

        OTAK KANAN
  1. Mencari ilham (intuisi).
  2. Berfikir secara kreatif.
  3. Berkaitan seni.
  4. Menggunakan imaginasi.
  5. Bersifat subjektif.
  6. Retma (rentak/intonasi).
  7. Memahami tanpa lisan.
  8. Perasaan (emosi).
  9. Berfikir menggunakan gambaran.
  10. Menghayati irama lagu.
  11. Ada visi.

Ok macam mana sudah paham perbezaan otak kiri dan otak kanan, Macam saya kekuatan lebih kepada otak kanan kerana saya sukakan sesuatu yang berseni, dan lagi sebab  yang tidak rasional tidak suka calculation :P Apapun kelebihan otak anda sama ada otak kiri dan kanan pastikan setiap kelebihan yang ada digunakan dengan sebaiknya dan jangan berasa merendah diri sekiranya  kita tidak mempunyai kelebihan @ keistimewaan seperti orang lain kerana setiap manusia mempunyai keunikan yang tersendiri.

Sumber  :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar